21 Oktober, 2012

Rasa Rindu

Sejak disahkan mengandung pada bulan Mei 2011, minat untuk mengambil gambar tiba-tiba hilang, lebih-lebih lagi untuk mengambil gambar menggunakan DSLR. Walau bagaimanapun aktiviti di sekolah kebanyakannya memerlukan khidmat saya sebagai guru dokumentasi. 

DSLR hanya saya bawa untuk majlis-majlis besar (itupun puas memujuk hati), manakala untuk majlis biasa, saya hanya gunakan kamera compact sahaja.

Setelah habis pantang bersalin dan Amar kini sudahpun berumur 9 bulan, mulalah rasa rindu untuk mengambil gambar dan dikongsikan di dalam blog ini. Insya Allah saya akan kembali mengambil gambar dan diharap blog ini akan aktif semula ;)

 

07 April, 2012

Wajah Si Kecil


Inilah wajah si kecil saya yang berusia 2 bulan 3 minggu. Gambar ni diambil semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari rumah pengasuh. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

15 Februari, 2012

Putera Kedua


Memperkenalkan putera kedua saya - Muhammad Amar Rizqi yang dilahirkan pada 13 Januari 2012.

16 September, 2011

Pengalaman Menjadi Pengacara Majlis

Jika tidak diberikan peluang, sudah tentu saya tidak akan merasai pengalaman menjadi pengacara majlis bagi perhimpunan khas sempena sambutan hari kemerdekaan kali ke-54 yang diadakan pada 15 September 2011. Pengalaman sewaktu dibangku sekolah dan bekerja sebelum ini sangat-sangat membantu. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar dan sempurna :)

 

* Gambar-gambar diambil oleh cikgu Hasnah dan cikgu Hartinie

12 November, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Berikut adalah sebahagian gambar terpilih semasa Majlis Khatam Al-Quran  diadakan di sekolah saya pada bulan Ramadan yang lepas.

Majlis Khatam Al-Quran SAMTAJ 2010
Tengah membetulkan sampin kawan
Latihan terakhir sebelum majlis bermula
Majlis khatam Al-Quran
Surah yang akan dibaca
Bunga telur
Cenderahati & sijil penyertaan
Juru Acara Majlis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...