Di sini saya ingin kongsikan maklumat tentang Asas Fotografi yang perlu anda ketahui :
Apakah fotografi?
Berasal dari perkataan Greek 'photos' bermaksud cahaya dan 'graphos' bermaksud menulis. Gabungan kedua-dua perkataan ini bermaksud menulis dengan cahaya. Ia juga merupakan proses, aktiviti, seni merakam gambar pegun, bergerak pada medium yang sensitif.
Tujuan Fotografi
Antara tujuan fotografi adalah :
- sebagai fakta
- sebagai bukti
- simpanan memori
- bahan seni
- ekspresi diri
- menceritakan situasi
- dihilai
- ditangisi
Jenis-jenis Fotografi
Terdapat 4 jenis fotografi :
1. Amatur : gambar yang diambil sebagai hobi dan bukan untuk mendapatkan profit. Namun, kadangkala ia boleh menyaingi fotografi profesional dan mempunyai nilai komersial untuk pertandingan dan sebagainya.
2. Komersial : jurufoto dibayar untuk gambar atau hasil seni yang dibuat. Contoh : pengiklanan, fesyen, industri makanan, jurnalis, perkahwinan, lanskap, hidupan liar dan paparazi
3. Seni : gambar yang mempunyai nilai estetika yang tinggi
4. Sains dan Forensik : merakam fenomena dan bukti sebagai penyelidikan
Pengetahuan Yang Perlu Ada
1. Teknikal : hardware & fungsi
2. Komposisi : untuk mendapatkan gambar yang bermakna
3. Teknik : untuk mendapatkan gambar yang menarik dan berseni
Keperluan untuk Fotografi
1. Kamera : ketahui fungsi dan fahami keupayaan yang ada pada kamera
2. Pengetahuan : ketahui asas fotografi, memahami mengapa sesuatu gambar diambil, pelajari teknik-teknik baru, melihat contoh-contoh dari jurugambar profesional & belajar secara formal
3. Keghairahan : bawa kamera ke mana sahaja, ambil segala gambar yang menarik, cari makna dalam gambar yang diambil, cari pose baru yang tidak dibayangkan oleh orang lain, segalanya untuk pengalaman
4. Interaksi : berkongsi dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama, membuat perbincangan, mengetahui kaedah interaksi dengan pelbagai subjek.